Bab Khas. Dapatan kajian menunjukkan pemberian sistem merit

Bab ini akan membincangkan tinjauan
literature yang berkenaan keberkesanan penggunaan kaedah 4d dalam pelagajaran
dan pembelajaran Pendidikan jasmani. 
Bahagian ini ditulis dengan menggunakan pelbagai sumber seperti jurnal,
abstrak, buku, laporan dan internet bagi mendapatkan hasil kajian lepas dan
pendapat pakar-pakar dalam bidang yang dikaji. Bahagian ini boleh menyambung
kepada khazanah ilmu penetahuan yang sedia ada.

 

2.2.Refleksi Sorotan
Literatur

 

Kajian-kajian lepas yang mempunyai
persamaan atau boleh dijadikan sandaran untuk pengkaji membuat rujukan adalah
seperti yang dilakukan oleh Ngu Mee Kok (2012) yang memfokuskan kepada tingkah
laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran Sains di mana ianya
mengetengahkan isu seperti murid yang hiperaktif, bertingkahlaku masalah dan
tidak memberi perhatian semasa pengkaji memberi penjelasan atau arahan bagi
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Responden dalam kajian ini
terdiri daripada 45 murid Tahun Tiga dari sebuah sekolah rendah di kawasan
Bandaraya Kuching. Sepanjang penyelidikan tindakan ini, beliau mendapati bahawa
murid-murid tahun tiga telah menunjukkan perubahan dari segi tingkah laku
negatif dalam kelas kepada yang positif ekoran penggunaan kaedah ganjaran dan
hukuman.

 

            Kajian
yang dijalankan oleh Jumarni Binti Syamsuddin (2009), adalah untuk mengenalpasti
sejauh mana penggunaan sistem merit dapat membantu dalam meningkatkan kawalan
kelas. Penggunaan sistem merit ini menfokuskan kepada tiga item utama iaitu
penglibatan pelajar di dalam kelas, kehadiran pelajar serta kesediaan pelajar
dalam menyiapkan tugasan dan memdengar arahan pengkaji. Kajian dilakukan ke
atas 68 orang pelajar yang terdiri daripada 66 orang pelajar daripada aliran
perdana (kelas Perdagangan) dan 2 orang pelajar daripada aliran Pendidikan
Khas. Dapatan kajian menunjukkan pemberian sistem merit ini adalah berkesan dan
mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan.

 

Hii Yien Chin
(2012) telah menjalankan kajian untuk meningkatkan pembelajaran Sains
murid-murid Tahun Empat dari SK Aman melalui kawalan kelas dengan kaedah sistem
ganjaran. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 29 orang murid Tahun
Empat dari SK Aman yang kebanyakannya memperoleh markah rendah bagi mata
pelajaran Sains dalam ujian lalu. Dapatan kajian mendapati peningkatan min dan
penurunan sisihan piawai telah berlaku apabila kaedah sistem ganjaran yang
dijalankan telah mengakibatkan pencapaian murid lebih baik.

 

Kajian tentang
masalah disiplin di salah satu sekolah rendah di Bandar Johor Bahru di negeri
Johor dijalankan oleh Rosdi Ramli (2013) terhadap 20 orang murid. Hasil kajian
menunjukkan bahawa masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji dalam tempoh
masa kajian tidaklah begitu serius iaitu 20 orang daripada enrolmen 565 orang
murid, bersamaan 3.54% pernah terlibat dengan kes salahlaku sepanjang tahun
2010. Zulkiflee (2002) menngkaji tentang persepsi dan sikap pelajar terhadap
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di
Sekolah Menengah, Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau membuat kajian terhadap
persepsi dan sikap pelajar semasa pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran. Sampel kajian yang diambil terdiri daripada 375 orang pelajar
tingkatan empat dari tiga buah sekolah.

 

Melalui
permainan akan mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak sama ada motor halus
mahupun motor kasar. Apabila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut
melakukan pergerakan. Menerusi pendekatan permainan ini juga dapat menghasilkan
hasil pembelajaran yang lebih baik di samping dapat meningkatkan keseronokan
kepada murid. Hal ini ada dinyatakan oleh Chong Lean Keow (2009) iaitu
permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberikan
keseronokan. Dan ini juga disokong oleh Sheppard (2006) yang menyatakan
permainan adalah cara untuk mengekalkan fokus pelajar dan dapat mengembangkan
sikap positif diri murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

 

Secara
keseluruhan, kajian-kajian lepas melaporkan bahawa tingkahlaku murid hendaklah
dikawal supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara terkawal dan
sistematik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAB
3

 

 

 

 

 

 

METODOLOGI
KAJIAN

 

 

 

3.1 
Pengenalan

 

Bahagian ini memerihalkan latar
belakang sekolah serta latar belakang responden yang digunakan dalam
pelaksanaan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan dengan terperinci  merangkumi bilangan, umur, jantina, bangsa,
dan lain-lain.

 

3.2 
Lokasi
Kajian

 

Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil yang terletak di Jalan Raja Syed
Alwi. Sekolah ini mempunyai 35 orang guru, 5 orang staf sokongan serta
300 orang murid. Terdapat 13 buah kelas dan 1 daripadanya adalah kelas pemulihan.

3.3 Populasi dan
Sampel Kajian

 

Pengkaji memilih tahun 4 yang
mempunyai seramai 80 orang murid yang terdiri daripada 30 orang murid lelaki
dan 30 orang murid perempuan telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Semua
responden yang dipilih berumur 10 tahun. Semua orang daripada responden
beragama Hindu dan berkerturunan India.

 

Kebanyakan
daripada mereka tinggal berdekatan dengan kawasan perumahan di sebelah sekolah.
Ibu bapa responden antaranya bekerja sebagai petani, peniaga runcit, dan
pekerja kilang.  Berdasarkan penilaian
pengkaji, lebih kurang 60% murid dalam saiz normal, 30% pula merupakan kurang
berat manakala 10% lagi merupakan saiz obesiti. Rajah (i) menunjukkan graf
aktiviti murid pada hujung minggu.

 

Rajah 1.2 : Aktiviti Murid Tahun 4 Pada
Hari Minggu

3.4 
Tindakan
Yang Dicadangkan

 

3.4.1
Prosedur Tindakan

 

Penyelidikan tindakan yang
dilaksanakan ini adalah berdasarkan kepada model penyelidikan tindakan yang
diadaptasi daripada Model Stephen Kemmis dalam Kartini Abdul Mutalib et.al
(2012).

 

 

Rajah
1.3 : Proses Kajian Tindakan Adaptasi Model Kajian Stephen Kemmis

 

 

 

 

 

 

 

Merujuk kepada proses Kajian Tindakan
Adaptasi Model Kajian Stephen Kemmis, pengkaji telah menjalankan proses
refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian dan semak semula perancangan
sebagai asas kepada penyelesaian kendiri.

 

3.4.2 Refleksi

 

Pada
peringkat ini, Model Stepen Kemmis menyatakan perlunya pengenalpastian masalah
sebelum membuat kajian ke atas sesuatu isu atau permasalahan yang ingin dikaji. Pengkaji telah merefleksikan masalah-masalah
yang dilalui selama 3 bulan. Daripada pengalaman tersebut, pengkaji mendapati
murid-murid Tahun 4 kurang memberi perhatian semasa pengkaji memberikan arahan.
Murid-murid lebih suka bermain dengan alatan sukan sebelum pengkaji memberikan
arahan, mengambil masa yang agak lama untuk berkumpul mengikut kumpulan yang
ditetapkan, mengganggu rakan sebelah dan sebagainya.  Masalah-masalah ini membawa kepada pembaziran
masa pengajaran dan pembelajaran dalam mengurus murid.

 

3.4.3 Perancangan

 

Pada peringkat ini
pula, Model Stephen Kemmis menyatakan bahawa selepas refleksi diri pengkaji
perlu merancang tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan. Pengkaji
telah merancang beberapa langkah yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah
tingkah laku negatif yang sering ditunjukkan oleh murid setelah dianalisis data
serta pengenalpastian masalah utama. Dalam proses merancang tindakan, pengkaji
telah memilih dan mengenalpasti latar belakang murid yang sesuai untuk
dijadikan responden kepada kajian dan memilih objektif yang relevan. Bagi peringkat ini, pengkaji telah mencadangkan
penggunaan kad 4 Disiplin (4D) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani untuk menyelesaikan masalah pengurusan murid semasa aktiviti
dijalankan. Pengkaji menyediakan empat jenis kad disiplin yang mempunyai empat
jenis warna iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Keempat-empat kad ini
mempunyai arahan-arahan yang telah ditetapkan oleh pengkaji.

 

3.4.4 Tindakan

 

Model Stephen Kemmis
menyatakan peringkat ini memerlukan pengkaji memilih tindakan yang sesuai dan
melaksanakan tindakan bagi menyelesaikan permasalahan yang ingin dikaji. Bagi prosedur
bertindak ini, pengkaji bersetuju untuk mengaplikasikan penggunaan kad 4D.
Pengkaji telah menggunakan empat kad disiplin  yang bersesuaian dengan tahap dan kemampuan
murid yang berupaya membantu mereka untuk mengawal tingkah laku dari semasa ke
semasa. Pengkaji
menggunakan kaedah pengumpulan data soal selidik, pemerhatian berstruktur dan
temu bual sebagai langkah yang
sesuai dalam melaksanakan kajian tindakan ke atas murid yang dikenalpasti
bermasalah dalam memberikan perhatian semasa pengkaji memberi arahan.

 

3.4.5
Pemerhatian

 

Pada peringkat ini, pengkaji memerhatikan semula samaada teknik
yang digunakan berhasil atau tidak dalam mengurangkan masalah mengurus murid
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji membuat pemerhatian yang berstruktur
terhadap subjek kajian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran modul berlangsung.
(Lampiran B). Pengkaji telah memerhatikan setiap tingkah laku yang ditunjukkan
oleh murid sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

 

Pengkaji
mendekatkan diri dengan subjek kajian agar dapat mengetahui dengan lebih dekat
situasi subjek kajian. Hal ini membolehkan pengkaji mengetahui secara dekat
tingkah laku dan masalah yang dihadapi oleh subjek kajian. Menurut Meriam
(1988) dalam Wee Eng Lee (2001) menyatakan bahawa kaedah pemerhatian dapat
memberi gambaran yang jelas tentang perlakuan peserta kajian kerana pengkaji
berpeluang untuk melihat peserta kajian secara terus. Dengan cara ini pengkaji
dapat melihat sendiri aspek kelemahan dan bagaimana subjek kajian memberikan
respon terhadap penggunaan kad 4D yang ditunjukkan.

BACK TO TOP