Batik sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali

Batik
bermaksud ‘titik’ dalam Bahasa Indonesia – Melayu yang mana merujuk kepada
teknik menggunakan lilin bagi menghalang kain dari meresap warna dalam proses
pewarnaan kain. Batik merupakan salah satu kraftangan yang unggul di Malaysia
dan khasnya di Kelantan. Batik telah diperkenalkan di Kelantan sejak tahun 1910
lagi. Pembuatan batik sangat meluas di Kelantan dan memenuhi pasaran
tempatan. 

Motif
pembuatan batik  dalam dua bentuk utama
iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik . Motif organik lebih menumpukan kepada
unsur – unsur semulajadi seperti awan larat, tumbuh – tumbuhan, bunga – bungaan
dan haiwan. Manakala Motif Geometrik pula lebih menekankan unsur – unsur
geometri seperti bunga kotak bercampur, lingkaran, garisan dan juga bulatan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Penghasilan
batik akan melalui beberapa proses awal dan sehinggalah kepada proses
pembungkusan untuk tujuan pasaran tempatan dan antarabangsa.

 

Jenis – Jenis Batik

Batik
terbahagi kepada 3 jenis.

 

Batik Blok

 

Blok diperbuat dari kayu atau logam yang
mana ukiran corak di buat di permukaan blok. Kain putih akan dibentangkan
terlebih dahulu di atas bingkai kayu yang telah dialas dengan span. Blok yang
telah siap diukir akan dicelup terlebih dahulu ke dalam lilin dan seterusnya di
tekap pada permukaan kain. Proses ini akan dilakukan berulang – ulang dengan
mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Setelah memastikan proses
ini telah tamat, kain perlu di angkat

 

dan diletakkan di dalam bingkai yang
lain untuk proses mewarna. Proses mewarna ini perlu mengikut kesesuaian corak
pada kain tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Batik Canting

Batik
canting menggunakan alat yang dinamakan canting. Kepakaran yang mendalam
amatlah perlu semasa proses melukis motif batik dengan menggunakan canting ini.
Canting perlu di pegang dengan menggunakan tangan dan dicelup di dalam lilin
yang panas. Proses melukis perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan lilin
tersebut sejuk. Bagi yang kurang pakar, kain dilukis dengan pensil terlebih
dahulu dan seterusnya di lukis semula menggunakan canting. Walaubagaimanapun,
kebiasaannya proses melukis dilakukan secara spontan oleh pekerja – pekerja
mahir. Teknik dan kreativiti seseorang dapat dilihat dengan lebih jelas semasa
proses melukis menggunakan canting. Setelah proses melukis telah selesai, kain
akan dibentangkan di bingkai yang lain, untuk proses mewarna.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Batik Skrin

Batik
Skrin di buat dengan menggunakan cara yang berbeza.  Corak batik di lukis di atas skrin yang
diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin diletakkan diatas
kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan
menggunakan sekuji.  Cara begini akan
diulang beberapa kali dengan corak yang berlaianan untuk mendapatkan corak
batik yang lengkap.  Ini disebabkan satu
skrin hanya untuk satu warna sahaja. Setelah siap, kain perlu dibiarkan untuk
proses pengeringan.

 

                                

 

 

 

 

Proses Penghasilan Batik Kelantan

Untuk
menghasilkan batik yang berkualiti, pelbagai faktor perlu dilihat seperti
peralatan, bahan, cuaca dan juga tenaga mahir. Peralatan dan bahan yang sesuai
perlu dipilih dengan baik sebelum digunakan untuk menghasilkan batik. Tenaga
mahir juga diperlukan kerana ia perlu seiring dengan kesesuaian dalam
menghasilkan batik yang berkualiti, menarik dan juga sesuai untuk semua lapisan
masyarakat.

Untuk
menghasilkan batik, peralatan yang diperlukan adalah blok, canting atau skrin,
campuran lilin, serbuk pewarna, berus, Sodium Silikat dan air. Kain putih perlu
dibentangkan terlebih dahulu dengan menggunakan bingkai kayu. Corak yang
bersesuaian boleh dibuat dengan menggunakan blok, canting atau skrin. Setelah
proses membuat corak selesai, ia perlu dibiarkan sebentar untuk proses
pengeringan.

Serbuk
pewarna perlu diletakkan sedikit sahaja di dalam bekas dan dimasukkan air untuk
tujuan mencairkan serbuk tersebut. Ia perlu dikacau dengan berus dan seterusnya
di warnakan pada corak. Lapisan lilin yang berada pada kain akan menghalang
warna untuk merebak keluar. Warna tersebut hanya melekat pada corak tersebut
sahaja. Setelah proses mewarna selesai, ia perlu dibiarkan sekali lagi untuk
proses pengeringan. Disini lah faktor cuaca memainkan peranan yang sangat
penting. Cuaca panas amat sesuai untuk penghasilan batik. Sekiranya hujan
berpanjangan, penghasilan batik dihentikan sementara bagi mengelakkan kain
menjadi rosak sekiranya diwarnakan.

Setelah
kain dikeringkan dan dipastikan proses mewarna dalam keadaan baik, kain akan
dicelup dalam larutan Sodium Silikat. Kain perlu dicelup dalam semalaman.
Larutan ini adalah untuk memastikan pengekalan warna pada kain dan tidak
memudarkan warna. Setelah dicelup, kain perlu dimasukkan di dalam periuk besar
yang mengandungi air yang telah di masak. Proses merebus kain dipanggil dimana,
lilin akan terlerai dengan sendirinya. Warna dan lingkaran cora pada kain akan
kekal dan seterusnya menghasilkan corak batik yang cantik dan menarik. Setelah
proses merebus selesai, ia perlu dicelup ke dalam air sejuk dan diangkat untuk
dijemur. Proses menjemur batik bergantung kepada panjang kain dan juga corak
yang dihasilkan. Kebiasaannya ia mengambil masa yang paling lama adalah 5 jam.
Kain yang telah kering akan diangkat, digosok terlebih dahulu dan seterusnya di
masukkan kedalam plastik untuk tujuan 
pemasaran. Bagi tujuan pemasaran, kain perlu disemak dengan lebih teliti
dan sekiranya terdapat kerosakan ia perlu diasingkan. Kain rosak akan diperbetulkan
terlebih dahulu atau dijual dengan harga yang lebih murah berbanding harga
pasaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penutup

Pada masa kini, batik bukan hanya difokuskan
kepada pembuatan pakaian sahaja, malah pasaran tempatan juga mengeluarkan
produk hiasan rumah seperti sarung bantal, aksesori, bingkai gambar, alas meja
dan sebagainya. Seni batik ini merupakan warisan seni negara dan juga merupakan
salah satu medium kepada penjanaan ekonomi negara Diharapkan industri batik ini
terus berkekalan dan terus berkembang untuk pasaran antarabangsa

BACK TO TOP
x

Hi!
I'm Angelica!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out